- Cart is empty

- 1 buku butter 250g
- 1 paket tepung kentang 350g
- 1 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan gula aising
- Esen vanila (1 penutup vanila tu)
- Garam secubit
- Coklat
1. PUKUL / PUTAR BUTTER DAN GULA
- Mula-mula putar butter dan gula aising. Saya putar guna mixer.
2. MASUKKAN TEPUNG
- Seterusnya ayakkan tepung kentang dan tepung gandum. Kemudian masukkan ke dalam adunan. Gaulkan hingga mendapat doh yang lembut.
3. SIMPAN ADUNAN DALAM PETI SEJUK
- Doh ni memang agak lembek ya. So kita simpan dalam peti sejuk kejap, lebih kurang 20 minit baru bentukkan nanti.
4. BENTUKKAN
- Selepas 20 minit, keluarkan dari peti sejuk dan dohnya akan keras sikit. Bolehlah kita buat saiz bulat-bulat ikut saiz yang kita suka. Bulat tu jangan besar sangat, bagus sekali bite je.Tekan sikit guna jari dan ambil garfu untuk buat corak di atasnya tu.
5. BAKAR
- Akhir sekali, bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit. (Ikut saiz dan oven masing-masing, kalau besar boleh bakar lama sikit). Dulang tak perlu sapu apa-apa sebab tak melekat. Bila dah bakar nanti biar sejuk baru angkat biskutnya.
6. SALUTKAN DENGAN COKLAT
- Selepas semuanya selesai, cairkan coklat yang diletakkan di dalam mangkuk yang diletakkan di atas air yang sedang mendidih. Apabila cair, salutkan setengah biskut tersebut dengan coklat dan biarkan kering.
Siap untuk dihidangkan!