Loading...

KITCHENAID - Kuih Cara Berlauk Harvey

Celebrate a Harvey Raya with us! Enter your e-mail to receive savings on our cooking appliances.



KITCHENAID - Kuih Cara Berlauk Harvey


Bahan-bahan:

Bahan-bahan untuk inti: Oven

  • 300g daging
  • Sedikit lada putih atau lada sulah

Bahan-bahan hiasan atas: Chopper

  • 2 biji cili merah
  • Bawang goreng
  • Daun bawang
  • Daun sup

Bahan-bahan sos : Hand Blender

  • 1 biji tomato
  • 3 biji cili padi
  • Sedikit garam & gula

Bahan-bahan untuk adunan kuih cara: Stand Mixer

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 4 cawan santan cair
  • ½ sudu kecil garam
  • ¼ sudu kecil pewarna kuning
Cara-cara:

Cara-cara untuk inti:

  • 1. Marinate kepingan daging bersama dengan garam, lada putih dan lada sulah yang secukupnya.
  • 2. Kemudian, potong halus bahan-bahan hiasan tersebut.
  • 3. Panaskan oven selama 5 minit dan masukkan kepingan daging yang telah marinate di dalam oven. Biarkan ia sehingga masak.
  • 4. Selepas daging masak, biarkan sehingga 5 minit. Kemudian, potong daging tersebut kecil-kecil dan di masukkan ke dalam bekas bahan hiasan. Gaul sehingga sebati.

Cara-cara untuk sos sampingan:

  • 1. Kisar semua bahan-bahan sos sehingga menjadi puri.
  • 2. Hidangkan bersama setelah kuih siap masak sepenuhnya.

Cara-cara untuk adunan kuih cara:

  • 1. Bancuh semua bahan adunan kuih cara dan kacau sehingga sebati. Tapis dengan penapis supaya tiada ketulan tepung. Bancuh menggunakan hand blender.
  • 2. Panaskan loyang muffin dan sapu sedikit minyak. Tuang adunan ke dalam acuan dan sudukan inti ke atas kuih. Kemudian tabur dengan hirisan cili, daun bawang, daun sup, bawang goreng & tomato.
  • 3. Masukkan ke dalam oven selama 10minit.
  • 4. Setelah siap, jamukan hidangan bersama sos tomato puri.
Get the featured appliances

Please confirm your selection

Store Picker

Travel Mode

Stores