Loading...

PHILIPS - Serunding Ikan Nasi Impit Mini

Celebrate a Harvey Raya with us! Enter your e-mail to receive savings on our cooking appliances.



PHILIPS - Serunding Ikan Nasi Impit Mini


Bahan-bahan:

Bahan Perap:

  • 1kg ikan kembung
  • Asam jawa
  • 1 sudu kecil garam

Bahan Rebus:

  • Nasi impit mini

Bahan kisar:

  • 4 btg serai
  • 1inci kunyit hidup
  • 2biji bawang besar
  • 2 inci halia
  • 2 inci lengkuas
  • 3 ulas bawang putih
  • Jintan

Bahan memasak:

  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu kecil garam kasar
  • 4 sudu gula
  • 4 cawan santan
  • 1 cawan air rebusan ikan
  • 1 Pati ikan bilis (kiub)
  • Secubit asam jawa
  • 1 Kotak santan
Cara-cara:

1. PERAPKAN IKAN DAN REBUSKAN NASI IMPIT MINI

  • Bersihkan ikan dan perap dengan garam serta asam jawa. Sementara itu, rebuskan beberapa paket nasi impit mini untuk dimakan bersama serunding ikan.

2. MASUKKAN DALAM AIR FRYER

  • Seterusnya masukkan ikan di dalam air fryer sehingga masak. Selepas masak, carik isi ikan tersebut.

3. DITUMBUK MENGGUNAKAN BATU LESUNG

  • Seterusnya tumbuk ikan dan dibiarkan berehat untuk beberapa minit sementara menyediakan bahan-bahan lain. Bahan-bahan tumisan ditumbuk halus menggunakan lesung batu.

4. MULAKAN MENUMIS!

  • Panaskan minyak sebanyak 3 sudu besar dan masukkan bahan-bahan tumisan yang ditumbuk halus sebentar tadi.

5. MASUKKAN BAHAN-BAHAN LAIN

  • Selepas itu, masukkan air asam jawa, santan atau oatmeal, pati ikan bilis (kiub). Kemudian, masukkan ikan yang telah dihancurkan.

6. KACAU SEHINGGA MASAK

  • Akhir sekali, gaul sebati sehingga kering. Sesudahnya kering, boleh dihidangkan bersama nasi impit mini yang direbus sebentar tadi.

Siap!

Get the featured appliances
✖

Please confirm your selection

Store Picker

Travel Mode

Stores